visitors have been here. Thank you!

Sunday, April 29, 2007

Alumni Kem Millennium
Assalamualaikum dan Salam Perpaduan;

Pada 28 April 2007 telah diadakan mesyuarat penubuhan Alumni Kem Millennium di Dewan Makan Kem Millennium pada jam 2130. Dihadiri oleh bekas komandan, Mejar Shahruddin, komandan Mejar Ridzuan dan beberapa orang jurulatih dan bekas jurulatih utk membincangkan penubuhan, pelantikan AJK penaja dan juga perancangan aktiviti terdekat.

Jawatankuasa Penaja Alumni Kem Millennium 2007
Penaung: En. Ramli Rais
Pengerusi: Mejar Shahruddin bin Hanifah
Timb. Pengerusi: Mejar Ridzuan Chan Abdullah
Setiausaha: Azzah Abd Rahman
Bendahari: Bahalina Idris
AJK:
  • Abdullah Rijak
  • Che Rus Ismail
  • Shah Rizal Mukhtar
  • Azhar Jaafar
  • Khoo Hong Keong

Kami memerlukan bekas pelatih dan jurulatih Kem Millennium dari Kump 1, Siri 2/2005 hingga Kump 1, Siri 4/2007 utk menyertai kami sebagai jawatankuasa penggerak program pertama yg akan dijalankan tidak lama lagi. Selain itu, AJK Perhubungan bagi negeri Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak juga diperlukan utk membantu kelancaran pelbagai urusan.

Mesyuarat seterusnya akan diadakan pada 16 Jun 2007, bertempat di Kem Millennium pada jam 0900. Datanglah beramai-ramai bagi menjayakan program yg julung kali diadakan ini dengan pakaian awam dan bersopan.

Perlu diingatkan bahawa Alumni Kem Millennium adalah pergerakan bebas yang tidak dinaungi oleh Jabatan Latihan Khidmat Negara dan tidak tertakluk dengan Akta Latihan Khidmat Negara 2004.

Sila sahkan kehadiran anda ke mesyuarat ini sebelum 8 Jun 2007 dengan menghubungi Mejar Shah (012-3037664) atau Cikgu Azzah (012-2013557), atau alamat surat menyurat di:

Sekretariat Alumni Kem Millennium
Kem Millennium
Kg Kuala Pajam
46700 Beranang
Selangor
(u/p: Azzah Abd Rahman)

atau melalui email millennium.camp@gmail.com

Sila war-warkan maklumat ini kepada rakan-rakan lain.

Sekian, terima kasih.

Setiausaha
Jawatankuasa Penaja Alumni Kem Millennium 2007

3 Comments:

Blogger Unknown said...

hai semua apa khabar
harap semua berjaya dalam semua bidang yang diceburi

Mej Shah

July 16, 2008 at 6:00 AM  
Blogger raja_sengat said...

x der ker sape@ yg nak update blog nie..

February 11, 2010 at 4:37 AM  
Blogger Unknown said...

Hi Semua sahabat dan bekas pelatih Kem Millenniem, maaf saya lama tak online kerana berkhidmat di Luar Negara dan sekarang sedang bertugas di Penang - please keep in touch -Mej Shah 017-3001671 or mejarshah@yahoo.com.my

February 11, 2010 at 5:35 AM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home