visitors have been here. Thank you!

Saturday, November 15, 2008

Rahsia PLKN terbongkar? Biar betul..
Salam Sejahtera, Salam Perpaduan, Salam Khidmat Negara..

Sesuatu yang luarbiasa pada ucapan salam saya kali ini.

Mungkin anda tertanya-tanya kenapa, jawapannya adalah kerana suatu ebook yang julung-julung kalinya diterbitkan kini telah dilancarkan!



Ebook bertajuk 'Celoreng Biru' ini adalah sesuatu yang istimewa. Sungguh, saya katakan istimewa dan kenapa semua orang patut memilikinya adalah kerana ia memaparkan 16 kisah-kisah realiti Wira dan Wirawati negara di dalam kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Yaaa.. PLKN.. suatu nama yang digeruni oleh kebanyakan masyarakat kita hari ini....!

Ebook ini adalah hasil tulisan oleh saudari Azzah AR, seorang rakan online yang baru-baru saya kenali.. yang juga merupakan seorang bekas jurulatih PLKN sejak tahun 2004 hingga 2007. Sudah tentu beliau mengalami sendiri segala peristiwa yang dicatatkan dalam ebook pertamanya ini.

Saya telah diberi peluang untuk membacanya, dan memang saya teruja dengan semua kisah di dalamnya - langsung tidak pernah saya ketahui dan terfikir sebelum ini, berlaku di kalangan masyarakat kita. Saya syorkan ebook ini dibaca oleh semua orang kerana kisah-kisah ini bukan sekadar cerita, malah terdapat pelbagai elemen menarik di dalamnya. Antara kisah yang paling saya suka dalam ebook ini ialah Saya Anak Pungut dan Histeria.

Harga tawaran adalah amat berpatutan; hanya RM 18.00 sahaja, beserta bonus-bonus yang diberikan oleh Azzah.

Dengan niche yang jarang-jarang ditemui, Azzah berani mempertaruhkan ebook sensasi ini dengan harga yang begitu murah. Katanya, ini adalah merupakan satu perkongsian terbuka, yang pertama seumpamanya di Malaysia.. sama ada online mahu pun offline.

Jika anda berminat, dapatkannya segera di sini:

http://celorengbiru.kedaibukue.com/index.php?ref=kampret

Bekas pelatih, bakal pelatih, ibubapa pelatih, jurulatih atau bekas jurulatih PLKN.. dan sesiapa sahaja yang prihatin terhadap negara dan generasi akan datang, ebook ini memang tepat untuk bacaan anda!

Selamat membaca!

Wednesday, April 23, 2008

lama tak dengar berita
salam semua,

maaf sudah lama tak update blog ni.. semenjak dua menjak ni agak ketandusan khabar berita daripada kem millennium..

saya pun dah tak ada sumber berita mengenai perkembangan terbaru daripada kem.. kerana rakan2 yg tinggal hanyalah beberapa helai saje.. oops! kasar tu.. maaf.. hanya beberapa orang saje.. hehehe Mejar Shah kontrol senyum ya tuan..!!

terima kasih kepada ex-pelatih yang masih lagi sudi melayari blog ni.. kalau ada ape2 nak dicadangkan kepada alumni, silalah buat comment ya.. harap keluarkanlah kata2 yg bijak dan bernas kerana kita semua pernah menjadi warga kem millennium yang gemilang satu masa dulu..

maklumat terkini yg tak berapa nak terkini jugak lah.. cikgu2 otai dan favourite di kem millennium ramai yang dah takde di situ lagi..

pak lah - kem paya indah
cikgu lynn - kem templer
cikgu azhar - kem sri mutiara kot tak silap ar..

dan ramai lagi yg dah keluar sama ada terkeluar, dikeluarkan dan ada jugak yg mengeluarkan dirinya sendiri seperti saya.. hehehhe..

ape pun harapnya perhubungan antara ex staf, jurulatih dan pelatih ini takkan terputus sampai bila2 kerana banyak lagi faktor yang membolehkan kita semua menjadi kawan..

sekian.. jumpa lagi!

p/s: sesiapa pelatih yang rasa2 nak cari pengalaman jadi fasi pada waktu cuti sem boleh la contact saya melalui blog saya ni.. kalau ada program pada waktu berkenaan insyaAllah saya akan hubungi anda..

Thursday, October 11, 2007

salam eid mubarak
selamat hari raya aidul fitri, maaf zahir batin..

pada 3 oct yg lepas, mej shah & kawan2 ada menganjurkan majlis berbuka puasa di Restoran Nelayan, Bangi.. ramai juga yg hadir.. ada 4 meja penuh.. antaranya termasuklah mej shah & isteri, paklah & family, cikgu azzah, cikgu azwa & suami, cikgu lynn, cikgu md noh, cikgu sudin, cikgu musa, cikgu pok nik mustafa, cikgu aida, cikgu radziah, PWII Ahmad @ cik Mat, kopral din, ssjn azmir dan pn mariam & keluarga.. jom tgk gambar2 kenangan.. siap sambut birthday paklah lagi..



Gaya 'birthday boy' potong kek

















Cikgu Azzah, Cikgu Lynn & Cikgu Sudin
















Cikgu Sudin, Che Mat & Kpl Din













Dari kiri: Abg Li (suami Cikgu Azwa), Cikgu Azwa, Cikgu Lynn, Cikgu Azzah, Che Mat, Cikgu Sudin, Cikgu Pok Nik












Mej Shah tgh bg ucapan..

















pengantin lama malu2 pulak lepas acara suap2 kek.. hihi..









tu ajer.. selamat raya!

Friday, September 21, 2007

salam Ramadhan 1428H
salam all..

belum terlambat rasanya utk mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa kepada semua warga Kem Millennium yang beragama Islam.. semoga kita sama2 merebut peluang beribadah yang ada pada bulan yg mulia ini.. insyaAllah..

alFatihah utk arwah adik nurin jazlin jazimin.. sesungguhnya sukar utk menerima kenyataan yang manusia semakin kejam.. semoga si kejam itu akan menerima balasan yang sewajarnya dari Allah yang Maha Adil lagi Maha Bijaksana..

Thursday, September 6, 2007

PLKN Siri 4 dah selesai...
salam all...

alhamdulillah, selesai sudah PLKN untuk kump. 3 siri 4/2007, sekaligus menandakan berakhirnya PLKN untuk tahun yang ke-4..

segalanya berakhir dengan baik.. walaupun ada hiccups here and there.. but people here supposed to be wise enough to settle things right..

3 sept berlangsungnya pertandingan paintball kem2 PLKN peringkat kebangsaan.. tahniah kepada Kem Cahaya Gemilang kerana menjuarai pertandingan ni.. kem Millennium hanya dapat ke suku akhir, walaubagaimanapun kita ucapkan tahniah kerana persembahan team kita tak kurang hebatnya..

4 sept pula program Simpulan Kasih - Cetusan Aspirasi Nusa, yang dirasmikan oleh Dato' Muhammad Bin Hj Abd Ghani, Pengarah Eksekutif Royale Millennium Sdn Bhd.. pertama kali program simpulan kasih dihadiri oleh ramai tetamu jemputan yg terdiri daripada Penghulu Mukim Beranang dan ketua2 kampung.. tahniah wira dan wirawati kerana berjaya menyelesaikan misi masing2.. semoga keharmonian negara ini akan terus kekal selamanya..

esok pergerakan balik pelatih ke kampung halaman masing2.. alamat malam ni pesta airmata la jawabnya.. hehe.. cikgu2 semua dah standby baldi nak tadah airmata.. mana tau boleh buat hantaran nak meminang Puteri Gunung Ledang..

tahniah dan terima kasih kepada semua Jurulatih, staf dan wira serta wirawati Kem Millennium Siri 4/2007..

semoga tahun depan kita jumpa lagi..!

Saturday, August 25, 2007

Paintball
salam,

baru2 ni, team paintball kem millennium seramai 7 orang telah pergi ke kompleks sukan di seremban utk sesi latihan buat kali pertama.. maklumlah, nak bertanding peringkat kebangsaan.. julung kalinya pertandingan ni diadakan dan melibatkan kesemua kem yg ada di semenanjung malaysia ni.. mesti meriah, kan.. perasmian penutupan nanti akan berlangsung di stadium MPPJ, oleh Dato' Azalina Othman Said, Menteri Belia & Sukan..

berkaitan dgn pertandingan ni, ada satu acara yg akan melibatkan pertandingan antara alumni PLKN.. so, sekali lagi diulangi, siapa2 bekas pelatih kem millennium yg berminat utk menyertai pertandingan ni, diminta berikan nama & ic anda ke 0122013557 segera.. butirannya spt berikut:

2 sept 2007

- peserta drp 20 buah kem akan tiba di kem millennium sbg kem tumpangan, termasuk peserta alumni
- taklimat akan diberikan oleh pasukan paintball kebangsaan

3 sept 2007

- 0500H pergerakan ke stadium MPPJ
- demonstrasi
- pertandingan antara alumni
- pertandingan antara kem
- penutup oleh Menteri Belia & Sukan


untuk ahli alumni yg berminat tu harap segera dapat berikan nama & ic anda.. setakat ni baru 2 org je yg nak turut serta..

long live Millennium!

Saturday, August 18, 2007

salam 50 tahun merdeka
salam,

sukacita dimaklumkan bahawa Kem Millennium telah menjuarai pertandingan kawad kaki peringkat zon C yang diadakan pada 13 ogos 2007, bertempat di kem Millennium.. kejuaraan ini adalah yang kedua bagi kem kita berturut2.. kem kita telah menewaskan 7 lagi kem yang lain di Selangor.. berkat bimbingan cikgu Hadhi dan jugak PW II Ahmad @ Cik Mat, serta sokongan dari setiap warga kem yang tidak berbelah bagi telah berjaya membawa usaha ini kepada kejayaan.. tempat kedua ialah kem setia ikhlas, manakala ketua platun terbaik dimenangi oleh seorang wirawati dari kem temasya rimba templer.. tahniah untuk anda semua..!!

pada 17 ogos, satu majlis penyerahan bendera telah diadakan di kem setia ikhlas.. penyerahan ini adalah sebagai permulaan untuk penyertaan PLKN dalam perbarisan hari kemerdekaan ke-50 peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Dataran Merdeka pada 31 ogos nanti.. kem kita akan membawa jalur gemilang, manakala jalur gemilang yang paling besar akan dibawa oleh kem temasya rimba templer.. tak apelah, kita dah merasa masa tahun 2005 dulu.. yang penting penyertaan.. sebanyak 5 kem dari negeri selangor yang terlibat kali ini iaitu kem millennium, kem temasya rimba templer, kem setia ikhlas, kem kuala kubu bahru dan kem paya indah.. latihan telah pun bermula dari 18 ogos sehinggalah hari jadi pada 31 ogos.. untuk kali ini, peringkat 1 latihan diadakan di TUDM subang iaitu peringkat JLKN, kemudian peringkat 2 @ kementerian pertahanan diadakan di kem wardieburn, setapak.. dan peringkat terakhir diadakan di dataran merdeka.. seronoklah kali ni pelatih kita dapat menyumbangkan sesuatu kepada negara sempena sambutan jubli emas ni.. walaupun setiap hari kami perlu bangun jam 4 pagi dan tayar bergolek jam 5 pagi, tapi demi negara yang tercinta ini, sedikit pengorbanan ni tak dapat nak dibandingkan dengan apa yang nenek moyang kita pernah lakukan dulu untuk membela maruah dan kedaulatan negara.. untuk Alumni, datang la ke dataran pada 31 ogos nanti.. sama2 kita berbangga dengan peluang yang diberikan ni..

pada 3 sept nanti, pertandingan paintball antara kem di seluruh semenanjung malaysia pulak akan diadakan di stadium MPPJ.. kami memerlukan ahli alumni seramai 7 orang untuk menyertai pertandingan ini, dan 7 orang lagi untuk simpanan.. siapa yang berminat, boleh hubungi cikgu2 yang berada di kem secepat mungkin, dan berikan nama & no ic anda..

oklah, setakat ini saja dulu makluman dari kg kuala pajam, beranang..

millennium baguuzz!