visitors have been here. Thank you!

Sunday, August 5, 2007

beckham dalam kenangan..
salam warga millennium..

pada 13 julai 2007 yang lalu, kita telah kehilangan maskot yang disayangi iaitu beckham.. kematiannya amat mengejutkan dan sedikit rasa terkilan sbb tak sempat jumpa.. kami dapat tau pun masa Pak Lah nak pegi jenguk dan beri makan sebelum bermulanya sukan rakyat pada 14 julai, tapi dia dah 'tak ada' lagi.. pasti setiap dari kita mempunyai kenangan dengan beckham kan.. dia bersama dengan kem millennium sejak awal lagi.. sekarang kem dah tak ada maskot.. cuma ada itik dua ekor peliharaan mej ridzuan yang suke berjalan malam2.. hehe..

5 ogos, hari terbuka kem.. persembahan pun cukup menarik, cuma tak berapa meriah seperti sebelum ni.. maklumlah, kekuatan pelatih pun tak ramai.. ibu bapa yang datang pun taklah seramai yang lepas.. sekarang pelatih bercuti sehingga 8 ogos..

untuk makluman semua, pada 13 ogos ni adalah pertandingan kawad kaki peringkat zon di mana kem kita akan jadi tuan rumah sekali lagi.. peranan pelatih kita kali ni agak berat sebab nak kekalkan kejuaraan tahun lepas bukanlah satu tugas yg mudah.. diharapkan berkat sokongan dan doa anda semua mampu membawa kem kita mencapai kecemerlangan sekali lagi.. amin..

dan tahun ni sekali lagi kem kita terlibat dengan perarakan hari kemerdekaan ke-50 peringkat kebangsaan yang dijadualkan akan diadakan di dataran merdeka pada 31 ogos nanti.. kepada warga kem kumpulan 3 siri 2/2005 mesti masih teringat lagi kenangan membawa jalur gemilang terbesar di putrajaya kan.. memang seronok masa tu.. bangga saya sebagai warga kem..

ok lah, bila ada masa nanti kita sembang lagi.. adioz...

2 Comments:

Anonymous Anonymous said...

oh yeke?
alahai..

January 4, 2009 at 11:13 PM  
Blogger Unknown said...

Assalamualaikum..saya pelatih plkn kumpulan 3 siri 2 2005..ketua kompeni alfa..

March 11, 2019 at 11:01 AM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home