visitors have been here. Thank you!

Saturday, June 2, 2007

berita dari beranang
hi guyz..

semakin hampir tarikh untuk perjumpaan Alumni Kem Millennium.. semakin ramai yang mendaftarkan nama dan ramai juga yang mendaftar tetapi namanya tidak dapat dipaparkan di sini.. apapun, terima kasih banyak2 kerana memberikan sokongan. Kami berusaha mendapatkan kenderaan untuk mengambil anda yang datang menaiki Komuter dan turun di Stesen Batang Benar. Pastikan anda datang serentak untuk memudahkan urusan, okey!

Makluman yang seterusnya ialah Majlis Perasmian Penutup Kump. 2, Siri 4/2007 akan diadakan pada 8 Jun 2007. Manakala pergerakan pelatih Kump. 3, Siri 4/2007 adalah pada 16 dan 17 Jun 2007.. cepatnya masa berlalu ya.. ;-)

Diharapkan ramai lagi yang akan hadir pada perjumpaan kita nanti.. Kepada yang dah memberikan nama, teruskan lagi mengajak rakan2 yang lain.. ok..

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home