visitors have been here. Thank you!

Friday, September 21, 2007

salam Ramadhan 1428H
salam all..

belum terlambat rasanya utk mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa kepada semua warga Kem Millennium yang beragama Islam.. semoga kita sama2 merebut peluang beribadah yang ada pada bulan yg mulia ini.. insyaAllah..

alFatihah utk arwah adik nurin jazlin jazimin.. sesungguhnya sukar utk menerima kenyataan yang manusia semakin kejam.. semoga si kejam itu akan menerima balasan yang sewajarnya dari Allah yang Maha Adil lagi Maha Bijaksana..

Thursday, September 6, 2007

PLKN Siri 4 dah selesai...
salam all...

alhamdulillah, selesai sudah PLKN untuk kump. 3 siri 4/2007, sekaligus menandakan berakhirnya PLKN untuk tahun yang ke-4..

segalanya berakhir dengan baik.. walaupun ada hiccups here and there.. but people here supposed to be wise enough to settle things right..

3 sept berlangsungnya pertandingan paintball kem2 PLKN peringkat kebangsaan.. tahniah kepada Kem Cahaya Gemilang kerana menjuarai pertandingan ni.. kem Millennium hanya dapat ke suku akhir, walaubagaimanapun kita ucapkan tahniah kerana persembahan team kita tak kurang hebatnya..

4 sept pula program Simpulan Kasih - Cetusan Aspirasi Nusa, yang dirasmikan oleh Dato' Muhammad Bin Hj Abd Ghani, Pengarah Eksekutif Royale Millennium Sdn Bhd.. pertama kali program simpulan kasih dihadiri oleh ramai tetamu jemputan yg terdiri daripada Penghulu Mukim Beranang dan ketua2 kampung.. tahniah wira dan wirawati kerana berjaya menyelesaikan misi masing2.. semoga keharmonian negara ini akan terus kekal selamanya..

esok pergerakan balik pelatih ke kampung halaman masing2.. alamat malam ni pesta airmata la jawabnya.. hehe.. cikgu2 semua dah standby baldi nak tadah airmata.. mana tau boleh buat hantaran nak meminang Puteri Gunung Ledang..

tahniah dan terima kasih kepada semua Jurulatih, staf dan wira serta wirawati Kem Millennium Siri 4/2007..

semoga tahun depan kita jumpa lagi..!