visitors have been here. Thank you!

Tuesday, June 26, 2007

1st mission accomplished
salam all..

Alhamdulillah selesai sudah majlis pertemuan semula bekas warga Kem Millennium pada 16 jun yang lalu.. sungguh mengharukan bila bekas pelatih batch pertama siri 2/2005 pun tak ketinggalan.. memang seronok.. tahniah kepada mereka yang terpilih untuk memegang amanah sebagai peneraju utama Alumni ini.. untuk informasi yang selanjutnya akan dikemaskinikan dari masa ke semasa..

baru2 ni pada 23 jun, sekali lagi Kol (K) Tan Sri Dato' Lee Lam Thye, Pengerusi MLKN dan Ketua Pengarah JLKN, Tn Hj Abdul Hadi bin Awang Kechil telah datang ke Kem Millennium untuk lawatan kerja.. masuk paper lagi, tapi tak ada gambar.. China Press ada rasanya..

anyway, warga Kem Millennium amat mengharapkan doa dan sokongan daripada bekas warga kem supaya keamanan, kedamaian dan kecemerlangan kem kita terus terpelihara..

jumpa lagi!

Sunday, June 10, 2007

tahniah pelatih kump. 2, siri 4/2007
salam perpaduan..

selesai sudah satu lagi kumpulan dalam siri 4/2007..

tahniah diucapkan kepada semua wira dan wirawati yang telah berjaya menamatkan latihan dengan baik..

tahniah kepada mereka yang menang dalam pelbagai pertandingan dan juga yang dianugerahkan pelbagai anugerah..

ingatlah segala pesanan cikgu2 anda.. yang pastinya semua untuk kebaikan masa depan anda, keluarga, masyarakat dan negara..

kepada bekas pelatih kumpulan 2, siri 4/2007, anda juga dipelawa menyertai perjumpaan Alumni Kem Millennium yang akan diadakan pada 16 Jun 2007 di Kem Millennium bermula jam 9.00 pagi, dengan bayaran keahlian hanya RM 5.00. untuk makluman, ini bukanlah untuk ahli sukarela membantu pergerakan pelatih datang, tetapi sebuah pertubuhan yang bertujuan mengumpulkan semua bekas warga Kem Millennium 2004 - kini dan akan datang..

Klik di sini untuk maklumat lanjut, dan sila hebahkan kepada rakan2 yang lain.. okey..

c u soon!!

Saturday, June 2, 2007

berita dari beranang
hi guyz..

semakin hampir tarikh untuk perjumpaan Alumni Kem Millennium.. semakin ramai yang mendaftarkan nama dan ramai juga yang mendaftar tetapi namanya tidak dapat dipaparkan di sini.. apapun, terima kasih banyak2 kerana memberikan sokongan. Kami berusaha mendapatkan kenderaan untuk mengambil anda yang datang menaiki Komuter dan turun di Stesen Batang Benar. Pastikan anda datang serentak untuk memudahkan urusan, okey!

Makluman yang seterusnya ialah Majlis Perasmian Penutup Kump. 2, Siri 4/2007 akan diadakan pada 8 Jun 2007. Manakala pergerakan pelatih Kump. 3, Siri 4/2007 adalah pada 16 dan 17 Jun 2007.. cepatnya masa berlalu ya.. ;-)

Diharapkan ramai lagi yang akan hadir pada perjumpaan kita nanti.. Kepada yang dah memberikan nama, teruskan lagi mengajak rakan2 yang lain.. ok..
more..
12
Mohd Fakhruradzi Bin Tajuddin
890908-10-5089
Kump. 1, Siri 4/2007

13
Nurhayati Raflis
891201-05-5270
Kump. 1, Siri 4/2007