visitors have been here. Thank you!

Saturday, August 25, 2007

Paintball
salam,

baru2 ni, team paintball kem millennium seramai 7 orang telah pergi ke kompleks sukan di seremban utk sesi latihan buat kali pertama.. maklumlah, nak bertanding peringkat kebangsaan.. julung kalinya pertandingan ni diadakan dan melibatkan kesemua kem yg ada di semenanjung malaysia ni.. mesti meriah, kan.. perasmian penutupan nanti akan berlangsung di stadium MPPJ, oleh Dato' Azalina Othman Said, Menteri Belia & Sukan..

berkaitan dgn pertandingan ni, ada satu acara yg akan melibatkan pertandingan antara alumni PLKN.. so, sekali lagi diulangi, siapa2 bekas pelatih kem millennium yg berminat utk menyertai pertandingan ni, diminta berikan nama & ic anda ke 0122013557 segera.. butirannya spt berikut:

2 sept 2007

- peserta drp 20 buah kem akan tiba di kem millennium sbg kem tumpangan, termasuk peserta alumni
- taklimat akan diberikan oleh pasukan paintball kebangsaan

3 sept 2007

- 0500H pergerakan ke stadium MPPJ
- demonstrasi
- pertandingan antara alumni
- pertandingan antara kem
- penutup oleh Menteri Belia & Sukan


untuk ahli alumni yg berminat tu harap segera dapat berikan nama & ic anda.. setakat ni baru 2 org je yg nak turut serta..

long live Millennium!

Saturday, August 18, 2007

salam 50 tahun merdeka
salam,

sukacita dimaklumkan bahawa Kem Millennium telah menjuarai pertandingan kawad kaki peringkat zon C yang diadakan pada 13 ogos 2007, bertempat di kem Millennium.. kejuaraan ini adalah yang kedua bagi kem kita berturut2.. kem kita telah menewaskan 7 lagi kem yang lain di Selangor.. berkat bimbingan cikgu Hadhi dan jugak PW II Ahmad @ Cik Mat, serta sokongan dari setiap warga kem yang tidak berbelah bagi telah berjaya membawa usaha ini kepada kejayaan.. tempat kedua ialah kem setia ikhlas, manakala ketua platun terbaik dimenangi oleh seorang wirawati dari kem temasya rimba templer.. tahniah untuk anda semua..!!

pada 17 ogos, satu majlis penyerahan bendera telah diadakan di kem setia ikhlas.. penyerahan ini adalah sebagai permulaan untuk penyertaan PLKN dalam perbarisan hari kemerdekaan ke-50 peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Dataran Merdeka pada 31 ogos nanti.. kem kita akan membawa jalur gemilang, manakala jalur gemilang yang paling besar akan dibawa oleh kem temasya rimba templer.. tak apelah, kita dah merasa masa tahun 2005 dulu.. yang penting penyertaan.. sebanyak 5 kem dari negeri selangor yang terlibat kali ini iaitu kem millennium, kem temasya rimba templer, kem setia ikhlas, kem kuala kubu bahru dan kem paya indah.. latihan telah pun bermula dari 18 ogos sehinggalah hari jadi pada 31 ogos.. untuk kali ini, peringkat 1 latihan diadakan di TUDM subang iaitu peringkat JLKN, kemudian peringkat 2 @ kementerian pertahanan diadakan di kem wardieburn, setapak.. dan peringkat terakhir diadakan di dataran merdeka.. seronoklah kali ni pelatih kita dapat menyumbangkan sesuatu kepada negara sempena sambutan jubli emas ni.. walaupun setiap hari kami perlu bangun jam 4 pagi dan tayar bergolek jam 5 pagi, tapi demi negara yang tercinta ini, sedikit pengorbanan ni tak dapat nak dibandingkan dengan apa yang nenek moyang kita pernah lakukan dulu untuk membela maruah dan kedaulatan negara.. untuk Alumni, datang la ke dataran pada 31 ogos nanti.. sama2 kita berbangga dengan peluang yang diberikan ni..

pada 3 sept nanti, pertandingan paintball antara kem di seluruh semenanjung malaysia pulak akan diadakan di stadium MPPJ.. kami memerlukan ahli alumni seramai 7 orang untuk menyertai pertandingan ini, dan 7 orang lagi untuk simpanan.. siapa yang berminat, boleh hubungi cikgu2 yang berada di kem secepat mungkin, dan berikan nama & no ic anda..

oklah, setakat ini saja dulu makluman dari kg kuala pajam, beranang..

millennium baguuzz!

Sunday, August 5, 2007

beckham dalam kenangan..
salam warga millennium..

pada 13 julai 2007 yang lalu, kita telah kehilangan maskot yang disayangi iaitu beckham.. kematiannya amat mengejutkan dan sedikit rasa terkilan sbb tak sempat jumpa.. kami dapat tau pun masa Pak Lah nak pegi jenguk dan beri makan sebelum bermulanya sukan rakyat pada 14 julai, tapi dia dah 'tak ada' lagi.. pasti setiap dari kita mempunyai kenangan dengan beckham kan.. dia bersama dengan kem millennium sejak awal lagi.. sekarang kem dah tak ada maskot.. cuma ada itik dua ekor peliharaan mej ridzuan yang suke berjalan malam2.. hehe..

5 ogos, hari terbuka kem.. persembahan pun cukup menarik, cuma tak berapa meriah seperti sebelum ni.. maklumlah, kekuatan pelatih pun tak ramai.. ibu bapa yang datang pun taklah seramai yang lepas.. sekarang pelatih bercuti sehingga 8 ogos..

untuk makluman semua, pada 13 ogos ni adalah pertandingan kawad kaki peringkat zon di mana kem kita akan jadi tuan rumah sekali lagi.. peranan pelatih kita kali ni agak berat sebab nak kekalkan kejuaraan tahun lepas bukanlah satu tugas yg mudah.. diharapkan berkat sokongan dan doa anda semua mampu membawa kem kita mencapai kecemerlangan sekali lagi.. amin..

dan tahun ni sekali lagi kem kita terlibat dengan perarakan hari kemerdekaan ke-50 peringkat kebangsaan yang dijadualkan akan diadakan di dataran merdeka pada 31 ogos nanti.. kepada warga kem kumpulan 3 siri 2/2005 mesti masih teringat lagi kenangan membawa jalur gemilang terbesar di putrajaya kan.. memang seronok masa tu.. bangga saya sebagai warga kem..

ok lah, bila ada masa nanti kita sembang lagi.. adioz...