visitors have been here. Thank you!

Saturday, August 18, 2007

salam 50 tahun merdeka
salam,

sukacita dimaklumkan bahawa Kem Millennium telah menjuarai pertandingan kawad kaki peringkat zon C yang diadakan pada 13 ogos 2007, bertempat di kem Millennium.. kejuaraan ini adalah yang kedua bagi kem kita berturut2.. kem kita telah menewaskan 7 lagi kem yang lain di Selangor.. berkat bimbingan cikgu Hadhi dan jugak PW II Ahmad @ Cik Mat, serta sokongan dari setiap warga kem yang tidak berbelah bagi telah berjaya membawa usaha ini kepada kejayaan.. tempat kedua ialah kem setia ikhlas, manakala ketua platun terbaik dimenangi oleh seorang wirawati dari kem temasya rimba templer.. tahniah untuk anda semua..!!

pada 17 ogos, satu majlis penyerahan bendera telah diadakan di kem setia ikhlas.. penyerahan ini adalah sebagai permulaan untuk penyertaan PLKN dalam perbarisan hari kemerdekaan ke-50 peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Dataran Merdeka pada 31 ogos nanti.. kem kita akan membawa jalur gemilang, manakala jalur gemilang yang paling besar akan dibawa oleh kem temasya rimba templer.. tak apelah, kita dah merasa masa tahun 2005 dulu.. yang penting penyertaan.. sebanyak 5 kem dari negeri selangor yang terlibat kali ini iaitu kem millennium, kem temasya rimba templer, kem setia ikhlas, kem kuala kubu bahru dan kem paya indah.. latihan telah pun bermula dari 18 ogos sehinggalah hari jadi pada 31 ogos.. untuk kali ini, peringkat 1 latihan diadakan di TUDM subang iaitu peringkat JLKN, kemudian peringkat 2 @ kementerian pertahanan diadakan di kem wardieburn, setapak.. dan peringkat terakhir diadakan di dataran merdeka.. seronoklah kali ni pelatih kita dapat menyumbangkan sesuatu kepada negara sempena sambutan jubli emas ni.. walaupun setiap hari kami perlu bangun jam 4 pagi dan tayar bergolek jam 5 pagi, tapi demi negara yang tercinta ini, sedikit pengorbanan ni tak dapat nak dibandingkan dengan apa yang nenek moyang kita pernah lakukan dulu untuk membela maruah dan kedaulatan negara.. untuk Alumni, datang la ke dataran pada 31 ogos nanti.. sama2 kita berbangga dengan peluang yang diberikan ni..

pada 3 sept nanti, pertandingan paintball antara kem di seluruh semenanjung malaysia pulak akan diadakan di stadium MPPJ.. kami memerlukan ahli alumni seramai 7 orang untuk menyertai pertandingan ini, dan 7 orang lagi untuk simpanan.. siapa yang berminat, boleh hubungi cikgu2 yang berada di kem secepat mungkin, dan berikan nama & no ic anda..

oklah, setakat ini saja dulu makluman dari kg kuala pajam, beranang..

millennium baguuzz!

1 Comments:

Blogger SHERRY AHMAD said...

Salam ada x video masa pertandingan kawad kaki tu

March 12, 2019 at 8:32 AM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home